Aku Fragile, Manja dan Selfish

Semalam pagi aku hampir meltdown teruk tapi aku cepat-cepat bangun dan buat lompat bintang. Ya, serius aku buat lompat bintang tapi 7 kali je mampu. Itu pun dah semput separuh nyawa. Pokchik tak ada, dah 3 hari out station. Aku jadi haru bila dia tak ada. Bangun pagi macam tenggiling, berguling-guling dalam comforter sebab malas gila nak bangun. Bila dia ada, dia yang kejut a.k.a paksa aku bangun, mandi dan solat. Kalau aku liat, dia akan panggil dan panggil dan panggil sampai aku annoying. Kemudian aku akan jerit-jerit macam orang gila dan menyumpah seranah dia sepuas hati. Dia akan diam je. Tapi lepas 5 minit dia akan panggil lagi dan lagi sambil tarik-tarik tangan aku -- paksa aku bangun.

Tak boleh jadi lebih annoying daripada itu kah wahai suami...??!!!

Dan bila dia tak ada, hazabnya aku nak bangun pagi.. Tuhan je tahu. Menangis-nangis. Walau ke mana pun dia out station dan walau berapa hari pun dia tak ada, dia tak pernah sekali gagal call aku setiap jam 5:30 pagi untuk kejut aku bangun. Dia akan call, call, call lagi dan lagi sampai aku jawab. Then setiap 15 minit dia akan call lagi untuk pastikan aku betul-betul dah bangun and do something (mandi dan solat). Ya, suami aku sejenis gigih begitu..! Bukan aku yang manja, tapi dia yang manjakan aku.

Thanks God malam ni dia balik. Rindu dah segunung ni.

Semalam petang pula sembang-sembang kat whatsapp dengan best friend dunia akhirat aku a.k.a adik perempuan aku. Dia lah segala-galanya untuk aku. Dia ni macam other half aku yang sebenar. Dia sekarang menunggu hari nak melahirkan anak ketiga. Aku yang tak sabar tunggu baby dia. Sambil-sambil sembang tu, tetiba aku decide nak cerita pasal keadaan aku sekarang yang macam nak kena depression balik. Aku cerita semua dengan dia. Apa aku rasa, apa aku fikir, apa yang aku takut and bla bla bla. Aku tahu tak patut aku cerita masalah kat dia sedangkan dia dalam stage perlu bertenang dan bersedia nak bertarung nyawa lahirkan anak. Aku pula pergi tambah lagi masalah dan kerisauan dia.

Nasib dia lah dapat kakak gila macam aku. Dah la gila, tak sensitif pula tu. Sepatutnya kakak ni tenangkan adik, tapi aku makin susahkan hati adik. Well, adik aku tu dia garang dengan aku. Dia paling tak boleh tengok aku emo-emo dan lembik-lembik. Dia selalu push aku jadi kuat dan berani dan selalu suruh aku dahulukan kebahagiaan aku. Sebab tu apa-apa hal pun sama ada baik atau buruk, aku akan cerita kat dia. 

Sambil sembang-sembang tu dia akan bagi solution kat aku. Jadi nampak lah sikit jalan keluar. Dan yang paling penting, rasa lega gila bila dapat share perasaan aku dengan dia. Rasa puas. Rasa lapang dada. Walaupun dia tak buat apa-apa pun (dan aku suruh dia tak payah fikir masalah aku sebab dia ada hal lebih penting nak kena fikir) tapi sebenarnya dapat share cerita dan keadaan kita pada seseorang yang memahami dan tak akan judge kita ni, adalah satu rahmah dan kenikmatan hidup tahu..! Aku syukur aku ada dia. Aku tak tahu apa jadi pada aku kalau tak ada dia.

Ending persembangan kami, dia tulis kat whatsapp chat tu "aku rasa looser sebab tak dapat tolong kau masa keadaan kau macam tu sekarang ni" diikuti dengan emoji nangis-nangis airmata. Aku terkedu. Kenapa dia nak rasa looser..? Kenapa dia rasa dia perlu tolong aku..? Kenapa dia tak sedar ke yang selama ni dia lah yang banyak tolong aku..? Dia lah banyak bawa aku keluar daripada perangkap depression ni. Kenapa dia nak nangis...? Kenapa dia rasa seolah-olah dia tak ada bersama-sama aku sekarang ni...?

Airmata aku bergenang teruk. Sampai malam hati aku sebal.
Aku sedih sebab dia sedih. Aku nangis sebab dah buat dia nangis.

Ya, aku sebegitu fragile. Bila orang yang aku sayang bersedih sebab aku, aku akan rasa hati aku pedih semacam dan menyesal. Hati aku macam kena tikam berulang kali. Sakit. Semalaman aku tak boleh tidur dan perasaan aku berat. Aku memang tak patut share masalah aku dengan dia sebab keadaan dia sekarang. Aku selfish. Aku kakak yang sangat tak sensitif. 

Tapiiiii.... sebenarnya jauh dalam hati, aku tahu apa maksud dia. Aku tahu dia sayang aku. Dan aku tahu dia cuma nak tenangkan aku. We both love each others unconditionally. Itu je sebenarnya. So, lepas ni aku akan lebih berhati-hati bila nak share apa-apa dengan dia. Aku doakan dia dapat bersalin dengan senang dan selamat. Baby, please behave ye dengan ibu kamu. Jangan sakitkan dia. Makngah tunggu kamu dengan dua tangan terbuka.

:)




...

No comments:

Powered by Blogger.