White Chocolate Macadamia

Aku penggemar White Chocolate Macadamia di Secret Recipe. Di setiap kali hati aku gundah-gulana, aku akan ke Secret Recipe dan menghabiskan RM10 (lebih kurang) untuk sepotong kek White Chocolate Macadamia kegemaran. Rupa-rupanya hati aku mudah terpujuk dengan hanya ketulan kacang macadamia. Dulu aku suka juga Red Velvet tapi bukan yang premium. Sekarang aku dah tolak tepi red velvet. Carrot cake di Secret Recipe pun sedap juga, tapi sebab ada banyak kismis kat belah bawah, maka aku pangkah juga. No..! 

Hanya setia dengan White Chocolate Macadamia sahaja buat masa ini. Tapi aku punya suka tu, paling banyak boleh telan dua slice dalam satu-satu masa. Kalau kau bagi aku sebijik kek tu pun tak mampu nak habis. Aku bukan penggemar kek sangat. Aku lebih suka aiskrim berbanding kek. Kalau aiskrim, satu tempayan pun aku boleh bagi licin. My kind of comfort food lah kiranya. Bagi je apa jenis airkrim pun, aku berselera sentiasa. Sekarang ni tengah hantu makan aiskrim kacang merah macam zaman kecik-kecik dulu. Ya, aku old school.. what ever..!

Baru-baru ni heboh orang khabarkan tentang kek baru di Secret Recipe yang sedap gila, namanya Salted Caramel Macadamia Cheese Cake. Woww..! nama kek pun tak nak kalah..! Aku jadi teruja sama, pertama sebab ada macadamia dan yang kedua sebab ada salted caramel. Aku suka juga apa-apa sahaja yang ada salted caramel sebab bagi aku salted caramel ni adalah salah satu inovasi resipi yang paling mengkagumkan di dunia. Aku suka bercampur kagum. Dan tanpa berlengah lagi terus bergegas ke Secret Recipe untuk mencuba sepotong kek yang sedap sampai gila kononnya.

End up, bluueerkkk...! Aku tak suka. Sorry.

Mungkin nasib aku tak berapa bertuah, dapat kek salted caramel yang pahit dan terlalu manis. Tak rasa salted yang aku harapkan. Kacang macadamia pula dikisar separa halus, jadi tak dapat tekstur yang sama macam WCM yang aku gemari. Namun, yang paling spoiled bagi aku adalah dia punya cheese yang pelik dan 'tak masuk' langsung dengan tekak aku. Nope..! aku tak suka. Not again.

Bila difikir-fikirkan balik ironi kisah ni, aku tersedar dari satu angan-angan di siang hari yang panjang. Aku ini umpama kacang macadamia, yang selamanya serasi denga white chocolate kurang manis sahaja. Mungkin tidak se'fancy' seperti yang lain, tapi serderhana itu selalunya seimbang dan terbaik. Jadi kenapa tiba-tiba nak bergandingan dengan salted caramel dan cheese pula..? Hanya kerana ia viral dan trending, maka aku juga turut nak merasai gelombangnya tapi aku lupa diri. Lepas tu rasa menyesal sebab aku suka sangat ikut orang. Tak ada pendirian sendiri.

Kita juga boleh jadi hebat bila berdiri sendiri. Terlalu banyak campur itu ini bahan, boleh buat kita tenggelam. Kita perlu bijak tentukan dengan siapa kita nak bergaul dan bercampur, bukan kerana orang lain kata bagus kita terus terjun masuk tak fikir langsung.

Ingat, hidup ini adalah pilihan.
Kita selalu ada ruang untuk pilih kebahagiaan sendiri atau kebahagiaan orang.



...

No comments:

Powered by Blogger.