Orang Jahat Adalah Orang Baik Yang Tersakiti

Secara tak sengaja aku tertonton satu video ulasan seorang ustaz dari seberang mengenai ayat-ayat tersurat tersirat yang di petik dari filem Joker terbaru. Aku belum menonton filem Joker dan tak ada rasa macam nak pergi tonton pun filem tu. Sebab aku takut triggered or something. Tapi aku banyak baca ulasan orang lain tentang filem ni. Nampak menarik juga, terutama bila ramai orang kaitkan filem ni dengan isu mental illness. Kalau filem ni keluar tv nanti-nanti mungkin aku tak akan lepaskan peluang untuk menontonnya. Tunggu je lah kalau ada.

Yang aku nak sembang ni tentang ayat "Orang Jahat Adalah Orang Baik Yang Tersakiti" itu sendiri. Secara peribadi, aku bersetuju dengan ayat tu sebab aku percaya semua manusia di lahirkan baik-baik belaka. Bayi yang Allah tiupkan roh ke dalam jasadnya semua suci dan tiada cacat-cela. Namun bagaimana dia membesar, dewasa dan matang itu yang akan menentukan manusia itu berbeza. Malah, aku juga selalu percaya tak ada orang sengaja jadi jahat atau suka nak jadi jahat. Tak ada. Sama ada mereka ada sakit, ada trauma atau mungkin kerana mereka jahil. Itu sahaja.

Tapi dalam video ulasan ustaz tu, beliau tak setuju dengan kata-kata tersebut. Menurut ustaz, tak ada orang jahat yang tersakiti. Kalau jahat tu memang jahat, bukan sebab orang lain buat jahat kat dia so dia jadi jahat. Ustaz tu bagi contoh zaman Rasulullah s.a.w. dulu, manusia bernama Abu Jahal tu memang jahat, nak bunuh Rasulullah s.a.w dan sebagainya walaupun Rasulullah s.a.w sentiasa berlaku baik pada dia. 

Ermmm.. jap..! aku rasa tak perlu lah sampai nak bandingkan Joker dengan Abu Jahal kot. Konteks berbeza. Walaupun aku belum tonton filem Joker dan nipis pula ilmu agama dan sirah Rasulullah s.a.w. tapi aku tetap rasa perbandingan tu tak adil.

Lebih memburukkan keadaan bila ada yang menggunakan istilah lebih kurang bunyinya "lihatlah bagaimana syaitan menipu manusia.. buat filem-filem memesongkan akidah macam filem Joker ni.. muslim pun ramai-ramai percaya dan kemudian bersimpati dengan Joker.. lupa bahawa Allah s.w.t. yang menentukan segalanya.. percaya kuasa lain daripada Allah.. mengagungkan ilmu psikologi barat.. bla..bla..bla.."

I'm like.. ermmm.. speechless..!

Selaku peminat filem dan belajar banyak hal kehidupan daripada filem-filem, aku selalu berpegang kepada filem adalah filem. Ia boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Kita sebagai penonton boleh jadi bersetuju atau tidak bersetuju. Dan filem adalah medium seni yang luas. Berkarya dengan pegangan dan prinsip peribadi adalah hal biasa di dalam filem. Karya dia adalah hak dia. Kalau kita suka, then good. Tapi kalau kita tak suka, then it's okey. Orang lain mungkin suka. Jangan menghentam si pengkarya melaui karyanya dan tolong jangan pukul rata, seolah-olah semua penonton akan terpengaruh dakyah yang sama. Nope...!

Satu hal lagi, yang paling penting adalah bagaimana kita sendiri menapis dan menilai satu-satu hasil karya. Jadi mata lebah lebih baik dari mata lalat. Kalau kita fikir semua filem psiko penuh unsur-unsur memesongkan akidah, mungkin selama ini kita hidup dalam dunia khayalan. Cuba bangkit dan celikkan mata kerana dunia yang real ini sesungguhnya penuh tipu daya merata-rata. Setakat ideologi demi ideologi yang sinis pun kita dah sentap, terkesan, mengamuk, prejudis dan menuduh-nuduh. Maka, generasi kita nampaknya sangat-sangat-dan-sangat fragile. Itu yang patut kita risaukan.

Aku tak salahkan ustaz yang mengulas kerana mungkin ulasan dia menjurus kepada hal yang lain. And of course sebagai ustaz, tanggungjawab dia untuk selamatkan umat dari kemungkaran. Tak kan ustaz tu nak promote filem Joker dan dakwah kita ramai-ramai pergi tonton filem Joker tu. Mustahil la kan. Yang aku persoalkan adalah orang yang bertanya, aku rasa kalau dia adalah muslimin/muslimat yang baik dan taat, dia tak patut tanyakan soalan itu kepada ustaz tersebut secara terbuka. Kemudian yang merakam dan menyebarkan pula, besar kesannya kepada sejagat.

Bagaimana kalau orang yang menonton video ulasan ustaz itu adalah pesakit mental yang sedang pulih kemudian rasa terpukul. Atau pesakit mental yang sedang sakit tak tahu penawar. Atau pesakit mental yang selama ini tak sedar dia sakit. Atau pesakit mental yang sudah bertahun-tahun pulih kemudian berasa triggered semula. Macam mana...?

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan rahmati kita di dunia dan akhirat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan kepadaNya jua kita akan kembali.



p/s  :  aku bukan menyebelahi filem Joker. aku ulang sekali lagi, aku belum tonton filem tu dan bukan nak menangkan sesiapa. ini cuma luahan apa yang aku rasa. titik.


...

No comments:

Powered by Blogger.