Di Setiap Kali Terjatuh

Di setiap kali terjatuh, bangun balik. Tak payah fikir apa-apa lagi, just bangun dan jalan je. Keep moving. Walaupun hati kau masih sakit. Walau fikiran kau masih kosong. Walau kau tak tahu ke mana nak tuju. Tak apa. Bangun dan teruskan. Di setiap saat kau rasa kosong, teruskan bernafas. Rasa hidup tak ada arah, rasa hidup tak ada makna, rasa diri tak berfungsi, rasa dah tak kenal diri sendiri. Tak apa. Bernafas macam biasa. Bangun -- pandang diri sendiri dalam cermin -- dan senyum. Itu sahaja.

Di dalam banyak masa, aku tak tahu kenapa aku jatuh. Aku tak tahu kenapa aku melt down. Ia jadi secara tiba-tiba walaupun puas aku susun hidup aku supaya terisi dan busy. Aku dah biasa di momokkan dengan istilah "gagal merancang adalah merancang untuk gagal". Aku jadi tertekan dengan benda-benda yang macam tu. Aku tersekat di antara membuat apa yang aku suka dengan membuat apa yang aku perlu. Aku rasa looser bila jadi selfish. Aku rasa hina bila asyik hiburkan hati. Aku rasa terseksa bila pura-pura sibuk. Aku benci semua rasa-rasa itu.

Satu lagi ; aku terbaca dekat mana entah : kalau manusia tak belajar dari kesilapan itu adalah kebodohan. Aku fobia dengan perkataan gagal dan bodoh tu. Aku tak boleh nak hadam kenapa motivation quotes selalu buat fikiran aku berat. Kenapa mesti guna perkataan-perkataan negatif begitu. It's suck..!

Masalahnya, aku tak tahu kenapa aku buat silap. Aku tak plan untuk buat silap. Aku silap dalam banyak hal tapi aku tak tahu kenapa boleh silap. Bukan aku sengaja nak buat silap. Puas aku buat analisa dalam kepala kenapa aku silap lagi, kenapa aku ulang lagi, kenapa aku tak boleh buat tu tak boleh buat ni, kenapa aku lemah sangat tak boleh melawan, kenapa aku tak boleh bangkit dan berubah, kenapa aku masih di takuk yang lama walaupun aku tak bahagia berada di takuk itu. Kenapa? Kenapa? Semua aku tanya pada diri sendiri.

Tapi aku tak ada jawapan untuk soalan-soalan tu.

Bila aku tak menemui jawapan, aku rasa looser. Aku rasa aku adalah manusia bodoh yang dikatakan itu. Manusia bodoh yang asyik mengulangi kesilapan yang sama dan tidak pernah belajar daripadanya. Di setiap kali itu, aku jatuh lemah dan melt down macam dunia dah nak kiamat sangat. Semua yang aku pandang nampak gelap segelap-gelapnya. Aku tak menemukan jawapan. Aku bodoh dan malang. Aku tak layak berada di tempat aku berada sekarang. Cuma bezanya, aku takut mati. Aku tak nak bunuh diri. No..!

Sekarang, aku belajar untuk tak terlalu berusaha mencari jawapan. Aku biar sahaja soalan-soalan yang tak ada jawapan tu. Aku larikan diri aku jauh-jauh daripada rasa nak tahu kenapa itu kenapa ini. Aku mulai merasai nikmat "tidak tahu lebih baik daripada tahu" dan aku mula hidup dengan pemikiran yang begitu. Sebab tu, di setiap kali aku melt down. Aku layankan sahaja. Aku biar. Aku ikut. Aku tak nak tanya kenapa? kenapa? dan kenapa lagi?

Biar lah. Jawapan-jawapan itu tidak penting untuk aku (at least untuk masa-masa ini). Kerana aku cuma mahu meneruskan hidup. Aku cuma mahu hidup. Andaikan aku sekarang sedang berjalan di lorong yang gelap, tanpa sekalis cahaya pun, aku akan tetap terus melangkah dan berjalan. Biar meraba, biar tersadung, waima biar tersungkur berapa kali pun. Aku akan teruskan. Aku sudah tidak mencari atau menunggu sinar di hujung terowong lagi. 

Aku sudah membiasakan diri begini.

Ada banyak hal di dalam dunia ini yang memang tidak ada jawapan walau kita bertanya seribu satu soalan. Jadi berhenti sahaja bertanya. Simpan tenaga. Di setiap kali terjatuh, bangun semula dan teruslah berjalan.





...


No comments:

Powered by Blogger.