BENDA Tu Ada Dalam Aku

Hari ni, melt lagi. Mencair. Tapi statik, tak bergerak dan tak mengalir ke mana-mana. Di sini sahaja. Hari ini 11 September, aku di tebing curam lagi. Ke depan aku jatuh ke gaung, ke belakang aku berguling ke lembah hitam. Aku pilih untuk diam dan membekukan diri.. walau di dalam hatiku sudah habis segala keutuhan untuk berdiam.

Ada banyak hal berlegar dalam kepala aku. Bersimpang-siur dan berbalam-balam. Tak ada yang jelas atau tak ada yang mampu ternampak jelas di mata aku. Menjadi seorang yang suka fikir berat-berat dan dalam-dalam, mengajar aku untuk tidak fokus. Kerana fokus hanya akan lebih membunuh aku. Dammnn..!! Memang aku di lahirkan jadi manusia blurrrr ke macam mana..?

Semalam menonton video Haze dengan Faizdickie di Youtube. Aku terkesan. Berdarah dalam hati. Tuhan, apakah ini cara Kau ingin menegurku? Melalui kisah orang lain? Tuhan, apakah ini petunjuk Mu? Siapa yang dah menonton video tu mungkin boleh faham. Perbualan ringan mereka itu, memberat dalam fikiran aku.. sampai ke pagi ni.

Pada usia 31 tahun, Faiz rasa hidup dia tak ada arah tuju. Aku dah 37 tahun, masih rasa tak ada arah tuju. Aku boleh relate apa yang Faiz cakap tu sebab merasai benda yang sama. Dulu dan sampai hari ni. Rasa macam tak tahu apa nak buat dengan hidup ni dan itu satu rasa yang maha gampang. Serius..!

Lepas tu Haze tambah, lebih kurang macam ni "kau bukan tak tahu apa kau nak dalam hidup, tapi kau rasa kau patut buat lebih daripada tu.." and it's not about just lower you expectation.. bersyukur dengan apa yang kau ada.. jangan bandingkan hidup kau dengan hidup orang lain.. just do what you like to do..

NO..!! bukan soal tu. 
Faham tak..?

Jauh dalam hati kau tu, kau tahu apa yang kau nak. Kau tahu apa yang kau betul2 nak buat. Tapi kau stuck..!! Tak tahu apa yang buat kau stuck, setiap hari.. perjuangan hidup kau adalah untuk cari dan buang BENDA yang menghalang dan buat kau stuck tu tapi KAU TAK TAHU apa benda tu. Gila..!!

Mana-mana kaunselor atau pakar psikologi pun akan bagi nasihat yang sama. Live your life.. free you mind.. bla bla bla.. f**k..!! Berpuluh buku motivasi, beratus video motivasi yang kau tengok dan kau baca pun cakap benda sama. Tapi semua tu bulls**t..!! Tak ada satu pun yang mampu buat kau keluar daripada BENDA yang stuck tu.

BENDA yang buat kau stuck tu, ada dalam fikiran kau. Benda tu kau tak nampak. Benda tu bukan fizikal. Benda tu tak wujud dalam nyata. Benda tu apa yang kau rasa. Apa yang kau fikir. Apa yang kau bawa bersama-sama kau selama bertahun-tahun. Bukan benda yang senang nak handle dan boleh buang macam tu je.

Faham..?

No.. kau tak faham. Sebab kau tak rasa apa aku rasa. Kau tak lalui apa aku lalui. Fine, masing2 ada masalah masing2, ada cabaran masing2.. whatever..!! aku tak nak tahu masalah kau. Masalah kau, kau punya pasal. Jangan datang pada aku cerita masalah kau dan rasa masalah kau je paling berat berbanding masalah aku. Fuck..! Fuck..! what a shit fuck..!!
.

...

No comments:

Powered by Blogger.