To Do List

Baru-baru ni aku ada tonton satu video di Youtube tentang pengalaman seseorang yang berusaha untuk menulis journal tentang kehidupan dia selama 30 hari berturut-turut. Nama channel Youtube dia adalah Matt D'Avella. Korang boleh search di Youtube tajuk video ni : What I Learned by Journaling For 30 Days kalau nak tengok video tu la. Aku suka juga tengok video-video dia yang lain sebab dia macam buat eksperimen ke atas hidup dan diri dia sendiri. Which is aku rasa benda tu menarik untuk di tonton dan kita boleh belajar sesuatu.

Bagi aku nak konsisten tulis journal setiap hari ni bukan hal yang mudah. Bukan soal rajin dan soal bijak urus masa sahaja tapi paling susah nak maintain mood menulis tu. Untuk orang yang tak suka buat benda cincai-cincai, aku rasa mood menulis tu paling-paling penting. Kalau tak ada mood menulis tapi kena paksa juga menulis, tu yang jadi carca-marba dan melalut-lalut ke laut. Aku tak suka buat benda yang kena paksa-paksa. 

But well, of course ada la benda yang kau memang kena paksa walau tak ada mood (solat misalnya), tapi ada banyak perkara lain yang kau memang tak boleh paksa walaupun kena paksa. Waima nak bunuh diri pun kalau dipaksa-paksa tapi belum ajal, tak akan mati juga. Ehh.. ke situ pula..!

Masa aku jumpa kaunselor bulan lepas, dia suggest aku buat To Do List setiap malam sebelum tidur. Tujuannya untuk aku lebih bersedia bila bangun hari esok. I like the idea but nak buat to do list ni perlu konsisten baru kau akan enjoy dan rasai kebaikan daripada perbuatan tu. Dan satu lagi, mesti JUJUR la dengan diri sendiri. Kalau kau buat to do list hanya untuk sedapkan hati kau, lambat-laun kau akan rasa benda tu sia-sia dan rasa macam orang bodoh yang sedang membodohkan diri sendiri.

Aku buat apa yang di cadangkan oleh kaunselor tu dan aku rasa enjoy. Tapi aku tak paksa diri. Maknanya bukan setiap hari lah aku buat To Do List tu. Ada hari yang aku betul-betul tak ada mood nak fikirkan hari esok, aku akan abaikan je To Do List aku then bangun pagi esok dengan kepala kosong and ready for what ever happen. Dan walau macam mana palat pun hari aku, tak akan pernah sekali aku salahkan To Do List aku tu. Sebab happy atau tak happy kita, bahagia atau sengsara kita bukan tentang apa yang kita rancang tapi tentang apa yang kita buat.

To Do List ni macam planning la. Macam-macam kau boleh tulis dalam To Do List tu, nak berangan sampai ke bulan pun tak ada hal. Tapi ingat sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.

Bila baca balik senarai To Do List yang aku dah buat sejak sebulan dua ni, tersenyum juga aku. Banyak benda baik yang aku dah buat sebenarnya. Tapi banyak juga benda tak baik yang aku buat. Aku ingat tau semua tu walau tak tulis dalam To Do List. Ada juga benda yang aku dah tulis nak buat tapi masih tertangguh sampai hari ni. Entah bila nak complete To Do List aku tu. 

Oleh kerana aku rasa enjoy buat To Do List (walau bukan setiap hari), aku nak cuba tulis journal pula. Macam Matt D'Avella tu. Mungkin dapat mengembalikan nostalgia zaman manis tulis dairy dulu di masa zaman muda remaja. Ya, aku suka tulis diari, bercerita dengan diari, rasa jiwang gila. Tapi semua diari aku yang dulu aku dah bakar sebab banyak sangat rahsia yang aku takut terlepas kat orang lain. Dan banyak sangat tentang cerita cinta lama yang tak kesampaian sampai hati aku jadi hancur berserpih-serpihan. Ewah kau..!

Jom tulis journal.
Tapi ada masa ke ni? Nak update blog pun liat... haiihh..!




...

No comments:

Powered by Blogger.