Love Letter From Aida Azlin

Antara yang paling aku tunggu-tunggu setiap hari Selasa adalah Love Letter From Aida Azlin. Siapa yang pernah dan masih melanggan love letter daripada AA tentu faham perasaan aku. Setiap hari selasa, benda pertama yang aku buat adalah check emel supaya dapat baca surat dia. Hati aku akan jadi tenang dan terbuai-buai lepas baca penulisan dia. Subahanallah, bertuah AA sebab Allah s.w.t kurniakan dia bakat menulis dan bakat sebagai story teller yang sangat mengkagumkan dan menginspirasikan. Sesekali aku akan tengok video2 AA di Youtube juga. Banyak video dia yang best2 aku tengok berulang kali.

Instagram dia pun hebat. Gambar cantik-cantik. Simple tapi aku suka. Bersahaja je gambar-gambar dan caption dia. Sorang lagi sahabat dia yang aku suka follow ialah Sarina Iskandar. Instagram dan blog dia aku suka. Sama macam AA juga, sempoi je penulisan dia. Tapi PENUH dengan info, feeling dan ada je something yang akan menjentik hati kita dan buat kita berfikir jauh-jauh.

Aku dah lama admire dengan manusia2 berbakat tapi humble macam mereka ni. Kalau tengok dari gaya, nampak macam orang kebiasaan je. Tapi bila melontarkan idea atau pendapat, terus kau akan kagum. Mana dia dapat idea nak cakap/tulis benda-benda macam tu? In english pula tu. No wonder mereka ni level international. Peminat dan pengikut mereka ni merata seluruh dunia. Dan yang paling best sebab mereka dapat spread love melalui penulisan, dapat berdakwah melalui penulisan, dapat menaikkan motivasi orang lain tanpa sedar, tak kira apa bangsa apa agama apa umur dan status sosial mereka. Subahanallah.

Aku doakan mereka ni dipermudahkan segala usaha dan Allah berikan segala hikmah dan bantuanNya untuk mereka sebab aku tak nak usaha2 macam ni terhenti. Kalau boleh nak sampai bila-bila AA tulis love letter untuk aku dan mungkin untuk anak cucu aku juga nanti. Tak mustahil kan? Dunia alam maya sekarang segalanya mungkin. Selagi ada yang memberi, tentu ada sahaja yang akan menerima.

Semoga Allah kurniakan ganjaran syurga buat mereka.
Aamiin.




...

No comments:

Powered by Blogger.