Bagaimana Manusia Boleh Mengubah Manusia Lain

Salah satu perangai buruk aku adalah : aku suka menilai (judge) orang lain. Selalunya apa yang aku tengok, atau dengar atau baca tentang dia akan mempengaruhi tahap penilaian aku. Kalau awal-awal dah ada yang aku tak berkenan tentang dia, aku akan start rasa tak selesa dan fikir bukan-bukan tentang dia. Sama juga sebaliknya lah, kalau awal-awal tu aku dah suka, selalunya aku akan lebih berlapang dada terima dia seadanya. See, siapa kata first impression tak penting? tapi aku tak lah ambil first impression bulat-bulat. Selalunya aku take time juga nak kenal then judge orang.

Tapi menjadi aku yang always complicated lagi suka meng'complicated'kan hidup sendiri dan hidup orang lain ni, sudah tentulah penilaian aku juga sangat complicated. Entahlah, tak biasa fikir senang-senang. Suka nak fikir susah-susah. Dan oleh kerana aku adalah Manusia Berubah, penilaian aku juga selalunya berubah-ubah. Ya, dasar tak tetap pendirian.. what everrrr..!

Let say, mula-mula aku tak suka gila dia tapi lepas kenal lama.. tetiba suka pula. Malah kadang-kadang tu suka sangat pula sampai terpaksa hold diri supaya tak over suka orang. Tak sanggup terluka dan mengharap lagi, sudahnya dia tak suka aku pun then tinggalkan aku seorang diri tanpa penjelasan.. ehhh..! melalut apa kau nihh..?!!

Dan ada juga beberapa kali dia yang aku suka sangat pada awalnya tapi lepas kenal lama sikit, baru rasa "oppsss.." tak suka la pula. Ye lah kita tak mungkin boleh bersetuju dengan semua benda kan. Macam mana positif pun kita ni ada sesetengah perkara kita memang tak boleh nak kompromi. Selalang-lalang aku pun aku ada juga pendirian dan prinsip sendiri yang macam mana keadaan pun akan aku pertahankan. Terutama bab agama, keluarga dan pilihan-pilihan kehidupan. Lagipun aku setia okeh..! Bukan bercinta dengan orang lain lepas tu kahwin plak dengan orang lain. Ehhh.. melalut lagi.. :p

Yang aku nak story kali ni ialah perihal boss aku yang tiga orang tu. Ya Allah, memang selayaknya aku sujud syukur setiap hari sebab Allah hantarkan insan-insan hebat dan berjiwa besar macam tiga orang ni. Aku mula-mula skeptikal juga dengan boss-boss ni sebab dekat office aku ni, antara boss dengan orang bawahan selalu ada gap. Baik tu memang baik tapi tetap ada batas. Tak boleh buat macam buddies la kan. Elok juga bila ada gap tu sebenarnya, jadi hubungan boss dengan orang bawah kekal sebagai professional sahaja.

Tapi boss aku yang tiga orang tu gila cool, sporting, best, senang kerja, tak banyak songeh dan sangat memahami orang2 bawah. Jadi kitaorang ni rasa selesa la nak communicate dengan boss-boss tu. Dah la jenis tak berkira bab kerja, tak suka marah-marah apatah lagi maki hamun. Memang best. Aku bersyukur dapat ketiga-tiga boss yang ni. Buat aku makin semangat nak perbaiki diri dan kerja aku. Baru-baru ni boss panggil aku dan nasihatkan aku tentang banyak perkara, terutama selepas mereka tahu tentang masalah depression aku.

Diaorang bukan je percaya kat aku yang aku boleh berubah, percaya kat aku yang aku boleh sembuh, bagi peluang pada aku lagi dan lagi malah siap nasihatkan aku, cakap elok-elok, bagi pula cadangan2 yang best. Diaorang tak ada pun judge aku yang bukan-bukan. Diaorang sangat positif sampai aku naik segan pula. Dengan kata-kata yang penuh hikmah, mereka berjaya buka mata aku tentang kehidupan yang masih jauh ini. Tak perlu kata-kata kesat atau maki hamun pun, yang penting berjaya menyentuh hati aku dalam suasana santai. Moment macam tu lebih berkesan dan akan tertanam kemas dalam hati.

Aku nekad nak berubah ni, tolong doakan aku.
Aku nak buktikan peluang-peluang yang boss-boss aku bagi dulu dan sekarang ni bukan benda yang sia-sia. Aku mesti berusaha membalas ihsan mereka pada aku selama ni.

Ya Allah, beri kan lah kurniaan Mu kepada mereka ini, murahkan rezeki mereka, permudahkan hidup mereka dan berikan ganjaran syurga buat mereka. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan mereka ini.




p/s : Masalah aku kat tempat kerja tu cuma tentang datang lewat je.. itu pun bukan hari-hari.. cuma hari-hari yang aku melt down je aku akan lewat masuk pejabat. Jangan fikir bukan-bukan pula..!



...

No comments:

Powered by Blogger.