Aku Manusia Dan Aku Berubah-Ubah

Welcome to manusiaberubah.com 
Akhirnya..!! aku happy macam nak lompat bintang 33 kali sebab akhirnya aku dapat domain blog ni. Dari dulu aku nak nama blog ni tapi tak dapat. Kali ni dapat, terus rasa teruja dan jadi rajin nak update blog (ehh..! ikut mood aku lah). Jadi, selamat datang ke blog manusiaberubah ni. Blog tempat aku membebel dan lepaskan segala yang bersarang dalam hati (baca : tempat aku meroyan). Dan ini domain berbayar. RM45 setahun. Sengaja aku bazirkan duit RM45 setahun untuk meroyan..! hahahaa.. bongoknya rasa. Orang lain buat blog dapat duit, aku buat blog buat habis duit. Boooo.. :p

Ahh..! apa-apa lah.

Ermm.. pagi tadi aku sembang dengan kawan pasal kes kawin dua. Macam musim sangat kat office aku ni ramai pula yang kahwin dua. Lepas tu bini no.1 tak tahu. Sembang dengan kawan-kawan sambil gelak-gelak macam benda kahwin dua ni benda kelakar sangat. Tak payah arr sembang pasal adil dengan lelaki macam tu, sesungguhnya mangku2 tu tak tahu makna adil. Setakat giliran balik rumah bini no.1 dengan no.2 lepas tu bagi nafkah sama banyak -- tu dia kira adil sebagai suami. Phuiiii...!!

Adil emosi macam mana..? Kau yakin betul ke dah bagi layanan emosi yang sama2 adil untuk bini2 kau..? Ehh.. jap.. kau tahu ke makna emosi haa..? Blahh arr.. sembang je kencang tapi kahwin lagi satu pun berahsia dengan bini. Bila dah kantoi, pandai buat muka kesian dan minta maaf. Siap keluar segala ayat Quran, hadis Rasulullah, kata2 hikmah bla bla bla kau nak cover kesilapan. Aku serius benci menyampah rasa nak tumbuk je lelaki jenis macam ni. Kau kalau betul faham pasal agama, be a man la..!! Terus terang dengan bini tu, bukan kahwin senyap2 belakang bini. Bodoh..!

Tadi kawan aku cerita pasal mak ayah dia bercerai dulu. Sebab perempuan lain juga la. Sampai menangis kawan aku tu. Aku pun sebenarnya Ya Allah dah sebak dada, rasa nak pecah. Aku boleh faham perasaan dia walau aku tak pernah lalui sendiri. Tapi benda tu simple je kira2 dia, kalau kau sanggup tinggalkan bini dan anak2 yang setia dan sempurna semata-mata sebab perempuan lain.. memang kau lelaki tak guna lagi menyedihkan la. Maaf cakap ye pakcik, esok-esok jawab kat akhirat.

Tak payah nak buka kitab hadis kat sini. Acah-acah nak ikut sunnah Rasulullah. Hakikatnya semua sebab NAFSU..!! Kalau kau kahwin lagi sebab iman, kau tak akan tergamak kahwin senyap2 belakang bini. Sanggup tipu bini. Sanggup tipu family dan mak ayah. Amende semua tu..? Kau tak tengok muka anak-anak ke.. tak ada rasa belas kasihan langsung ke dalam hati kau tu sampai sanggup jandakan isteri hanya sebab perempuan lain..?? Allahu Akhbar. Serius aku menyampah.

Dan kepada perempuan yang hidup jadi kaki caras suami orang, jadi penghancur rumah tangga orang -- aku harap kau sempat bertaubat sebelum Allah hantar kau straight to neraka. Betapa murahnya nilai kau sampai jadi perempas kebahagiaan orang. Kau tak boleh cari bahagia sendiri ke? Yang halal, yang elok, yang tak menghancurkan hidup orang lain. Kau OKU ke camne..? Aku memang tak mampu nak husnuzon dengan perempuan2 macam ni. Maaf lah.

Ehh.. emosi betul maghrib2 ni.
Meh la ambik wudhuk, istighfar dan solat dengan khusyuk.

Selamat menyambut 1 Zulhijjah.



...

No comments:

Powered by Blogger.