Play Victim

Semalam tanpa sengaja aku terbaca satu artikel tentang salah faham dua orang artis berkaitan lagu 'Sumpah'. Sebelum tu izinkan aku membuat pengakuan, bahawasanya aku jatuh cinta dengan lagu Sumpah ni sejak kali pertama mendengarnya. Bukan sebab penyanyinya tapi kerana lirik dan melodinya. Aku sangat-sangat berharap lagu Sumpah akan sampai ke pentas final AJL tahun depan. Tapi sayangnya selepas membaca kontroversi yang terpalit pada lagu tu semalam, aku kecewa dan terkilan. Sayang seribu kali sayang.

Aku cuma mampu doakan kemelut lagu tu akan berakhir dengan baik. Mereka saling bermaafan dan move on. Seterusnya lagu Sumpah dapat 'dibersihkan' dan kembali ke landasan menuju puncak kemasyhuran. Lagu tu layak mendapat yang terbaik. Tu je aku nak cakap.

Cuma bab si A tuduh si B play victim, then si B pula tuduh si A play victim.. aku hanya mampu senyum. Adik-adik, kamu masih terlalu mentah untuk main-main benda macam ni. Dan sebab kamu masih terlalu muda juga lah kamu mudah tergelincir dan masuk ke dalam perangkap 'play victim' ni. Aku dulu pun pernah melaluinya sebab tu aku tahu rasanya macam mana. Menyesal dik. Sampai mati pun sesal tu tak habis. So, stop..! Jangan main-main perangai play victim ni.

Kita selalu berasa kita betul. Itu normal. Kita selalu rasa keadaan tak berlaku adil kepada kita. Itu juga normal. Kita cepat mencari alasan untuk membela diri. Kita tidak betah membiar diri sendiri di lihat buruk dan teruk. Sebab tu tanpa sedar, kita pilih untuk jadi mangsa (victim). Kita rasa dengan menjadi mangsa, kita tidak akan dipersalahkan sebab kononnya kita hanyalah mangsa keadaan.

Menyalahkan orang lain atas kesilapan yang kita buat, adalah perbuatan keji. Mencipta alasan demi alasan untuk menutup kekhilafan sendiri sampai menganiaya atau memburukkan orang lain, itu juga sangat keji. Jangan jadi manusia keji hanya untuk orang lihat kita mulia. Cuba berlapang dada, akui kesilapan, minta maaf, betulkan semula keadaan (kalau boleh) dan kemudian move on. Jadi matang dan jangan pentingkan diri.

Kalau kita rasa kita betul-betul mangsa dan berhak dapat penjelasan dan kebenaran, gunakan cara yang lebih berhikmah. Nak penjelasan - minta. Nak kebenaran - cari. Nak buktikan kita tak bersalah - tunjuk bukti. Nak bagi orang tak salah faham - terangkan. Jangan play victim dan biar orang salah faham, biar orang tuduh bukan-bukan, biar orang berspekulasi, biar orang mengumpat mengata. Tak ada kepuasan yang kau akan dapat dengan bersembunyi and then play victim ni.

Taubat lah. Sebelum kehancuran jadi semakin parah dan menghancurkan kau dalam diam. Perjalanan hidup masih panjang (InsyaAllah), jadi pandang ke depan. Yang lepas tu biarkan lepas, jangan diungkit. Maafkan. Redhakan. Serahkan balik semuanya kepada Tuhan.





...


No comments:

Powered by Blogger.