Is Allah Punishing Me..?

Aku baru tonton video Aida Azlin yang terbaru kat Youtube. Tajuk video tu A Letter To The Frustrated Believer. Siapa dah tengok..? Sebak tak..? I don't know why and how tapi aku suka gila dengan intonasi, suara dan slang dia. Aku rasa comfortable dengar dia cakap. Apa dia cakap tu rasa sampai terus kat dalam hati. Dan selalunya (mungkin secara kebetulan), video dia 'datang tepat pada waktunya'. Macam tahu-tahu je kecelaruan dalam hati aku, tup-tup muncul video tu. Aku rasa macam dia ada kat sebelah dan sedang bercakap dengan aku sambil pegang tangan aku. Faham tak rasa dekat tu..? Padahal dia tak pernah kenal aku pun.

So, thanks Aida Azlin (macam lah dia baca blog ni pun.. lolss..)

Siapa yang belum subscribe youtube channel dia atau specifically tengok video tu, aku dengan besar hati dan sungguh-sungguhnya suggest korang buka youtube sekarang dan start search for that video. Then, selamat memeluk diri sendiri sambil merasai how deep video tu akan terkesan dalam hati kau. Terutama siapa yang sekarang ni dalam stage jiwa kacau, putus asa, lost, tak tahu apa nak buat dalam hidup, rasa tak nak hadap hari esok sebab hidup kau bosan and hanging sangat or bla bla bla -- please pergi tengok video tu.

---

Is Allah Punishing Me..?

Soalan yang selalu terdetik dalam hati aku sebab only me and Allah tahu jahat mana dan baik mana aku. Adakah Allah tak menerima ibadah aku, taubat aku, doa-doa aku..? Adakah Allah masih nak uji aku walaupun aku tak mampu nak hadapi ujian tu..? Adakah Allah dah give up dengan aku..? Apakah banyak sangat dosa-dosa aku selama ni yang Allah tak sudi nak ampunkan sampai Allah dah tak pedulikan aku lagi.. Allah biar aku lost, sakit dan menanggung segala kekusutan ni sendirian..? Is that true..?

Hakikatnya, ibadah aku kepada Allah memang masih sangat nipis. Masih banyak yang aku tak buat berbanding apa yang aku buat. Konon-konon rasa dah taat sangat, tapi betul ke..? di terima ke semua ibadah dan taubat aku..? Macam mana kalau semua ibadah dan taubat aku selama ni adalah sia-sia sebab aku tak ikhlas atau tak sungguh-sungguh. Dan macam mana kalau setiap kali aku rasa malas, mengeluh, merungut dan berkira-kira nak solat tu Allah ambil kira dan tolak satu-satu pahala aku sampai habis semua pahala, tinggal dosa je bertimbun.. Macam mana..??!!

Aku percaya Allah ada. Selalu ada. Aku percaya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Aku juga percaya Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun dan penuh belas kasihan. Allah tak pernah menzalimi aku. Sungguh, aku yakin dan percaya tu. Setiap kali aku rasa down, satu je aku pegang iaitu Allah ada dan Allah tak zalim.

Bila aku tahu yang bukan aku sorang je rasa semua tu, aku lega. Lapang rasa dada. Ya, bukan aku sorang yang struggled mencari jalan lurus dalam kehidupan. Setiap orang yang hidup ni rupa-rupanya melalui jalan masing-masing yang penuh berselirat juga. Sama je dengan aku. Masing-masing pun pernah rasa penat cari jalan, putus asa cari jalan dan rasa macam lost gila sebab tak ada sesiapa bantu kita dalam mencari jalan yang lurus tu.

Tapi Allah ada.
Ingatlah, Allah ada.
Yakin sungguh-sungguh, Allah ada.
Pegang tu je pun cukup.

Bisik selalu dalam hati, 
Allah ada.
Allah ada.
Allah ada.
dan Allah tak zalim.




...


No comments:

Powered by Blogger.