Bangsal Luka dan The Art Of Letting Go(d)

Hari ni sudah 2 Syaaban dan aku baru terkial-kial nak ganti puasa. Penyakit selalu bertangguh yang tak pernah insaf ni tak tahu lah bila nak sembuh. Setiap tahun pun berazam nak ganti puasa awal-awal tapi mesti end up akan last minute juga. Tahun ni kira senonoh lah sikit sebab awal Syaaban dah mula mengganti. Tahun-tahun yang sudah memang lagi seminggu dua nak masuk Ramadhan baru berlelah-lelah mengganti puasa. Haihh..!

Doakan lah aku sihat dan berjaya ganti puasa dengan bahagianya ye. Ada 8 hari je pun yang nak di ganti tapi kemain liat lagi. Mohon maafkan lah perangai aku ni.

Kebetulan pula sehari dua ni tumbuh jerawat elok molek atas bibir. Sakit oiiii..! Aku paling kalah mengalah kalau jerawat kat bibir ni, tak tahan nak picit tapi sampai bergenang airmata dia punya pedih nak picit jerawat atas bibir nih. Siapa pernah rasa..? Perit kan..? Maka, sempena puasa qada' hari ni setiap 5 minit aku doa sekali mudah-mudahan jerawat ni surut sendiri dengan cepat dan tanpa parut (ewaaahh kau..!!)

Aku baru habis baca Bangsal Luka tulisan Arlina Banana dan buku tulisan Wani Ardy bertajuk The Art Of Letting Go(d). Dua-dua buku pasal patah hati. Aku suka dua-dua walaupun feel sangat-sangat berbeza. Bangsal Luka lebih sesuai untuk orang muda, kalau aku yang 10 tahun dulu baca Bangsal Luka tu confirm banjir semenanjung malaysia ni. Aku boleh rasa aku yang 10 tahun lepas sangat-sangat sinonim dan ngam dengan isi kandungan Bangsal Luka. Sebab tu aku suka dan some kind of 'terhibur' la baca Bangsal Luka tu.

Tapi beza dengan The Art Of Letting Go(d) pula, lebih serius dan matang. Buku puisi. English pula tu. Aku rasa sedikit tak puas dan masih menagih-nagih tulisan beliau. So special. Dan dia antara manusia berbakat yang aku rasa seluruh penduduk bumi perlu menghargai dia betul-betul. Ada rasa deep yang macam di tambat di ikat dan di seret-seret ketat di sebalik tulisan-tulisan dia. Simple je, tapi kau rasa berat. Satu lagi, tulisan dia buat kau rasa dekat padahal kau tak pernah alami pun apa dia alami tu. Boleh rasa. Tu je aku nak bagitahu.

Pun begitu, untuk dua-dua buku tu satu persamaan yang aku boleh simpulkan. Lebih mudah untuk kau tulis tentang hal patah hati, kecewa, putus cinta, putus harapan dan tak puas hati bila relationship tu sendiri telah berakhir. Senang kata bila dah jadi ex memang senang kita nak cerita pasal ex walaupun aib ke walaupun sensitif ke. Then kalau orang persoalkan pun, kau boleh kata "itu cerita silam saya.. saya dah move on" seolah-olah kau tidak perlu bertanggungjawab lagi dengan apa-apa atau siapa-siapa yang mungkin tersinggung dengan penulisan kau.

Berbeza dengan menulis tentang dia yang masih ada dalam hidup kau, masih in relationship dengan kau or whatever hubung kaitnya -- lebih susah sebab kena jaga hati, kena jaga aib, kena jaga rahsia dalam kain ke dalam kelambu ke apa-apa lah. Kau tak mampu nak tulis tentang dia semahunya. Kau kena tapis. So, terbatas lah semuanya. Tak mampu luah, telan lah sahaja walau perit walau pahit.

Well, aku suka Bangsal Luka tapi lebih suka The Art Of Letting Go(d)
Bukan sengaja bias tapi usia dan kemantangan mengajar kita memilih apa yang rasional. Aku sudah melepasi level menangis, meraung, meratap, menyalahkan segala. Aku dalam frasa bangkit dan terus berjalan. I need more. Penulis-penulis hebat berbakat ni, please jangan berhenti menulis. Please..!

Aku tunggu buku terbaru LadyNoe (kalau ada) -- aku harap ada la.
Harap sangat-sangat ni. Harap Allah detikkan hati dia menulis lagi.
Desaturasi Merah Jambu sangat-sangat favourite aku..!



...

1 comment:

  1. DUlu kan ... I peminat LNoe.. tapi kan . .lama-lama follow dia kat IG, nampak macam selalu share quote and lately selalu post muka sendiri.. I jadi annoyed. hahahahahhaha.. sorry LNoe. Bukan salah dia, salah I sebab memang sejenis yg mudah rasa annoyed dengan orang... heh..

    BTW, I dah singgah sini. dan simpan dalam bookmark ..

    Take care Ain.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.