Bangsa SocMed

Aku baru perasan la satu hal kan, orang bijak pandai berpelajaran lagi bekerja dalam golongan professional lagi elit ni kan rupa-rupanya memang tak suka nak layan orang yang biasa-biasa belajar setakat diploma macam aku ni je. Like, pilih bulu sangat weh..! Aku ingat zaman sekolah dulu je ada manusia jenis macam ni tapi rupa-rupanya manusia jenis ni belum pupus okeh..! Serius arrr.. dah nak masuk 2020 kot, masih ada main pilih2 bulu and puak2 ke..? Rasa diri hebat sangat ke sampai pilih2 orang nak berkawan, nak bertegur, nak hang out together, nak selfie sama2, sampai nak reply komen kat socmed pun pilih-pilih..

Weiiii, aku tak boleh brain la golongan manusia macam ni.

Jenis up status speaking je, bila kita komen dia tak reply. Di angin lalu je komen kita tu. Nak-nak lagi kalau status dia in english, kau komen in bahasa malaysia.. hahahahaha..! confirm kena jeling je komen kau tu. Langsung dia tak pandang. Bila kat events pun nak duduk sembang dengan kawan-kawan yang sama level dengan dia je. Kita ni puas senyum2 kat dia and try nak ramah mesra dengan dia kan, dia balas balik macam mana..??? senyum tawar je. Choiiii..! Lepas tu kalau salam pun hujung2 jari je weiii.. What the $%#@#$%..!!

Zaman aku sekolah dulu memang ada jenis manusia macam tu. Tak sangka pula dah tua-tua pun jumpa lagi spesis sama. Aku serius annoying gila dengan manusia suka pilih bulu ni. Paling kelakar kat socmed pun nak pilih bulu. Nak sebulu dengan instafamous je, nak komen and like insta yang followers ribu-ribu je walau pun komen kau ke laut tapi tetap nak bangga konon instafamous tu kenal and layan kau.. hahahahaha..!! gampang arr.. kelakar duh..! Nak kata budak-budak remaja je buat perangai macam tu tak juga, dah tua beranak ramai pun perangai macam tu. Ada yang lagi teruk daripada adik remaja pun ada. Malu mana malu..?

Aduhaiiiiii.. dasar bangsa socmed lapar like, follow and subscribe..!! :p



...


No comments:

Powered by Blogger.