Wanita Berdikari Jangan Sampai Lupa Diri

Hai lah perempuan. Kuat dan pandai manapun kita berdikari hidup tanpa lelaki, tapi jangan sampai kita lupa diri. Allah tak jadikan Adam dengan Hawa untuk lawan siapa paling power tapi Allah suruh hidup sama2. Harmoni. Lengkap melengkapi. Jadi perempuan jgn sombong tak bertempat. Jangan suka bangga diri macam langit ni kau yang tongkat.

Satu lagi perangai hanat yang aku benci terutama kalau agen insurans dengan 'cikgu-cikgu bisnes haluan barat daya' ni, depa suka betul ajar kaum isteri JANGAN bergantung pd suami sampai ajak membelakangkan suami. Depa selalu tanamkan rasa jangan percaya sangat kat suami, dan depa suka tekankan yang kita kaum isteri kena pandai cari duit sendiri supaya kalau suami kita ada perempuan lain, kita tak akan hidup miskin melarat lah kononnya.

Amende ni..?

Tahu tak membelakangkan suami tu DOSA. Tak minta izin atas setiap satu yg kita buat di luar pengetahuan dia adalah dosa! Sibuk dgn urusan luar sampai terabai suami, itu dosa! Luangkan masa buat benda yang suami tak redha, itu pun dosa.

Tapi selalu je kita dengar ayat2 ni kan..

1. Puan kan bekerja, ada gaji sendiri jadi kalau puan ambil pakej takaful saya ni, puan tak perlu minta izin suami pun takpe sebab bukan dia yang akan bayar.

2. Puan kena ambil pakej takaful ni, utk masa depan puan jg. Kalau jadi apa2 kat puan contohnya lumpuh ke, kena kanser ke, nanti bukan suami puan ada kat sisi puan pun. Silap2 dia dah selamat bernikah baru.

3. Puan nak shopping ke nak makan dgn kawan2 ke, semua puan buat sendiri kan. Duit puan, puan berhak buat apa puan suka dgn duit puan. Tak ada kena mengena suami puan pun.

Itu antara contoh2 ayat yang aku sendiri dengar. Sakit betul hati. Orang sepatutnya galakkan isteri tu minta izin suami, bincang dengan suami dan fahamkan kaum isteri tu yang redha suami tu sendiri sangat2 lah perlu dan penting, ini tak.. lagi dia ajar isteri2 tu jadi derhaka.

Yang kaum isteri pun, toloooooonngggg lah jangan rendahkan martabat diri sendiri. Tahu siapa diri kita sendiri dan di mana kita berdiri. Apa hak kita. Jangan biar orang pengaruhi pemikiran kita yang naif dan penuh berkobar-kobar ni.



...

No comments:

Powered by Blogger.