Suami Bukan Hak

Pagi tadi terdengar di Suria FM tentang soal jawab dengan PU Azman. Salah seorang caller tanya macam mana nak buang rasa syak wasangka kepada suami. Dia kata, setiap pagi bila dia dan suami masing-masing pergi kerja, akan timbul satu perasaan syak dalam diri dia yang suami dia mungkin ada affair dengan perempuan lain. Dia ada rasa macam tu sebab suami dia pernah kantoi 'main cinta' dengan perempuan lain tapi bukan serius dan suami dia dah minta maaf and janji tak akan buat 'gila' lagi. Tapi masalahnya, dia sebagai isteri walaupun dah maafkan suami dia tapi sekali-sekala timbul juga rasa syak tu.

Aku faham perasaan caller tu sebab sekali dah kantoi, memang susah nak percaya lagi. Tambah pula sebagai isteri kita selalu ada rasa insecure bila tengok kawan-kawan pejabat suami kita yang cantik molek, kurus, ramping, tinggi, putih melepak dan fashionable pula tu. Mula la iblis datang membisik-bisik. Benda tak ada pun boleh jadi ada sebab iblis kan licik..! 

Melepaskan suami kita yang sah-sah suami kita ke dunia luar tanpa apa-apa 'bekal' jiwa memang sesuatu yang menakutkan. Betul tak? Se'alim' mana pun suami kita tonggang terbalik solat siang malam pagi petang pun, dugaan tetap dugaan. Lagi nak elak, lagi kuat dugaan tu datang. Percayalah. Suami kita tak mulakan pun ada je gadis-gadis sunti yang datang menguit-nguit macam cacing kepanasan. Walaupun gadis-gadis tu tahu lelaki tu suami orang, tapi tetaplah juga nak menguit-nguit tanpa rasa bersalah. Of course tak semua perempuan macam tu. Ada je gadis sunti yang ada class tak layan hidung belang. 

PU Azman kata, serahkan segalanya kepada Allah s.w.t. sebab suami kita bukan hak kita. Semuanya hak Allah dan semuanya akan kembali kepada Allah untuk diperhitung. Sebagai isteri, kita percaya kepada Allah yang utama, selepas tu tunaikan tanggungjawab kita sebagai isteri. Asalkan suami tu jalankan tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa (kalau ada anak), dan selagi suami tu tak buat perkara-perkara yang melanggari syariat atau dosa-dosa besar yang jelas pada pandangan kita, maka dia tetap suami dan kita wajib mentaati dia. Soal apa dia buat belakang kita, masa dia pergi kerja, dia nak main-main ke, ringan-ringan ke, itu nanti dia sendiri jawab depan Allah s.w.t.

Kita jangan peningkan kepala dan susah-susah hati sampai tak makan, tak mandi risaukan suami ada perempuan lain ke tak. Lepas tu jangan sibuk layan cerita-cerita rumahtangga kat FB dan IG, nanti timbul la syak wasangka dan fikir bukan-bukan pada suami. Kita doa sahaja banyak-banyak minta Allah pelihara zahir dan batin suami kita dan pertahankan iman suami kita walau apa pun dugaan yang datang depan mata dia. Selebihnya, berlapang dada. Kalau Allah nak uji, kita bersedia. Letakkan harga diri kita di tempat sepatutnya. 

"Iblis memang kerja dia ceraikan suami isteri dan 'kahwinkan' lelaki dan perempuan yang ajnabi. Yang halal tu Iblis buat porak-peranda, tapi yang haram tu Iblis timbulkan rasa manja-manja dan suka.."

Oleh itu, berhati-hati lah. Senjata kita cuma doa, doa dan doa. Gantungkan sepenuhnya pengharapan kita kepada Allah. Minta perlindungan hanya dari Dia. Kalau kita isteri yang bekerja, tolong jaga diri dan maruah kita sebagai isteri orang. Sebab kalau kita sendiri menguit-nguit dengan suami orang, dengan officemate bujang-bujang -- jangan marah kalau suami pun buat benda sama. What you give, you get back kan..?!! :p

Kepada gadis M yang pernah hadir untuk menggoncang apa yang tak pernah bergoyang, aku nak ucapkan terima kasih sebab datang sebagai peringatan. Aku akan ingat sampai bila-bila apa yang kau buat walaupun aku dah maafkan. Tak ada dendam antara kita malah aku doakan kau bertemu jodoh yang terbaik dan boleh jaga kau dengan baik. Please jadi gadis yang ada maruah, jangan mudah-mudah jadi murah..!




...

No comments:

Powered by Blogger.