Selepas 17 Tahun Pun Karam

Mula-mula aku tahan diri tak nak menulis tentang hal ni, tapi makin ditahan makin meluap-luap pula. Terlalu banyak persoalan dalam kepala aku yang memaksa aku untuk mencari jawapan walaupun aku juga tahu yang aku tak akan pernah temui jawapan yang aku nak tu. Ada suara dalam diri aku yang mendesak aku untuk terus bersoal dan mencari-cari jawapan. Paling tidak pun, aku rasa sangat2  perlu menyenaraikan analisa kemungkin dan kebarangkalian logik yang aku fikir paling munasabah. Tapi selepas selesai mengupas dan menguraikan, apa yang aku dapat..? Entah lah. Jawapan tetap kosong, tapi aku tetap mahu menyoal dan memikirkan jawapan. Ke'bahenol'an apakah ini ? 

Aku terbaca berita perceraian Vee dan Rashidi. Aku terdiam. Terkasima beberapa saat. Betul ke..? Serius arr aku tak boleh terima. Bukan tak percaya, tapi soalan pertama aku, why..?? Selepas 17 tahun guys.. 17 tahun..!! Muncul soalan kedua, what happen..?? Entahlah, tak tahu kenapa berita tu terlalu mendapat tempat dalam hati aku. Walhal, aku bukan siapa-siapa pun dengan mereka. Ya aku minat lakonan mereka, aku adore dengan chemistry mereka sebagai suami isteri dulu, tapi apa yang special sangat sampai aku terlalu terkasima dan terkesan dengan perceraian mereka..? Mereka bukan artis pertama yang bercerai selepas bertahun-tahun jadi loving couple pun.

Entahlah, aku pun tak tahu kenapa tapi perceraian tu sendiri adalah sesuatu yang besar dan sangat berat. Aku selalu tertanya-tanya dalam hati, kenapa pasangan suami isteri yang dah hidup bertahun-tahun bersama boleh ambil keputusan untuk bercerai. 

"Tiada lagi keserasian."
"Tak boleh hidup bersama lagi."
"Tetap menghormati each other dan mendoakan each other menemui pasangan yang lebih baik."
"Dah cuba selamatkan rumahtangga, tapi sudah tertulis jodoh setakat ini sahaja."

Cliche kan..? tapi itu lah apa yang kita selalu dengar. Dan jawapan itu memang betul. Bukan sengaja di buat-buat. Siapa kita untuk judge keputusan mereka, bukan kita yang hidup siang malam dalam kapal yang sama dan tidur sebantal dengan mereka. Kita tak tahu. Keputusan tu atas pilihan mereka. Nak terus stay tapi tak bahagia atau keluar daripada relationship tu dan perlahan-lahan bina semula bahagia, itu adalah pilihan mereka.

Aku jadi takut. Serius. Perkahwinan aku yang baru nak masuk 9 tahun ni, terlalu berat untuk terus terapung. Goyang di tiup badai. Tidak sekukuh yang aku bayangkan. Sepatutnya 9 tahun ni kami dah pergi lebih jauh, ehh.. bukan tak jauh.. memang dah jauh tapi bukan sejauh yang aku harapkan dan bayangkan. Tiba-tiba sahaja aku rasa 9 tahun ni masih banyak yang perlu kami usahakan, banyak lagi yang kami perlu belajar dan kejar. Masih jauh 9 tahun ni daripada kesempurnaan. Sipi-sipi pun tidak. Sebab tu aku takut. Mereka yang 17 tahun tu pun akhirnya karam, sedangkan aku yang baru cecah 9 tahun pun dah goyah -- bila-bila boleh hanyut.

Aku takut.
Aku perlu buat sesuatu.
Banyak yang perlu dihadamkan dalam-dalam. 


...

No comments:

Powered by Blogger.