Manusia Berubah Lagi Dan Lagi

Sesungguhnya aku kagum dengan manusia yang berubah tanpa menunggu masa dan tanpa sebab apa-apa. Manusia boleh berubah dalam keadaan paling tak terjangka dan hanya dengan sekelip mata. Manusia berubah lagi dan lagi sampai manusia itu bukan lagi manusia yang sama lagi. Bukan luaran sahaja berubah, dalam diri mereka juga berubah. Cara dia berfikir, cara dia bercakap, cara dia bergurau, cara dia handle masalah, cara dia layan budak-budak, cara dia layan orang tua, cara dia pandang kita, cara dia mendengar kita sampai cara dia dia sentuh kita, semuanya berubah.

Manusia berubah. Okey. Faham. Manusia sentiasa berubah-ubah. Okey. Cool. Tapi berubah sampai jadi strangers tu tak cool. Berubah sampai melukakan hati tu tak best. Berubah sampai jadi menjauh, itu merumitkan. Berubah sampai dia bukan lagi dia dan aku bukan lagi aku yang sama di mata dia -- serius, itu sangat-sangat menyakitkan.

Aku benci manusia yang berubah-ubah tanpa signal, tak boleh dijangka. Aku benci manusia yang berubah-ubah tanpa dapat di kawal, sampai tak tahu yang mana satu dia yang real. Semua fake? atau semua real? Manusia semakin sukar di fahami. Keserasian tu semakin jauh tak tercapai. Hari ni rasa cukup kenal dia, tapi sekelip mata -- beberapa saat tiba-tiba dia berubah jadi orang lain yang mengelirukan. Akhirnya kembali ke titik kosong. Mula semula. Buka muka surat pertama semula, dan belajar faham dia semula dan semula. Entah berapa kali semula. Aku letih.

Tapi...
Aku manusia juga. Aku pun berubah-ubah juga.
Setiap kali letih dengan manusia, aku tahan hati tak mahu mengalah sebab aku tahu manusia di sekeliling aku pun jauh lebih letih dan lelah lagi melayan aku dan bersabar dengan aku. Dan, aku lagi teruk kot..! Kalau orang lain boleh sabar dengan aku, aku pun boleh sabar dengan orang tu. Win-win. Aku tak nak serabutkan kepala cari kesempurnaan. Aku nak hidup yang biasa-biasa dan tenang-tenang sahaja. Ada give and take dalam semua segi. Tu je.



...

No comments:

Powered by Blogger.