Kecilkan Lingkungan Hidup

Mungkin aku sudah tiba pada usia yang mana hal-hal remeh sudah jadi betul-betul remeh untuk aku. Benda-benda materi cepat membosankan aku. Perangai-perangai manusia yang pelik jelik sudah benar-benar meletihkan aku. Lawak jenaka murahan lagi kebodohan tidak lagi membuat aku tertawa. Cerita-cerita sedih yang di reka-reka dan digembar-gembur pun tidak membuatkan hati aku terkesan apa. Aku sudah hilang deria bersuka-suka tak tentu hala. Jelas lah semuanya salah usia.

Tapi bukanlah bermakna hidup aku dah jadi serupa robot atau hambar tahap krik krik krik. Hidup aku masih sama macam biasa, cuma pilihan-pilihan yang aku buat dalam hidup aku sekarang selalunya melibatkan hal yang besar-besar sahaja. Hal kecil yang remeh, aku biar gitu je. Malas nak fikir sangat. Malas nak bazir masa make some effort ke apa. Lagipun hal remeh-remeh ni kalau kita biar, lama-lama akan hilang dan lupa tapi kalau kita layan dan asyik fikir pasal benda merepek tu, silap-silap boleh jadi makin besar dan merumitkan. Buang masa kan..?


Antaranya, aku pilih untuk kecilkan space aku dalam kehidupan seharian. Aku dalam proses unfriend kawan-kawan yang aku tak kenal kat FB. Sekarang friend list aku ada 2k lebih tapi serius tak sampai 200 pun yang aku kenal. Kat IG pun sama, aku sedang kecilkan follower dan siapa yang aku nak follow. Twitter aku private terus, sikit hari lagi rasa nak deactivate je. Habis cerita. Aku kecilkan linkungan manusia-manusia di sekeliling aku bukan sebab nak bawa diri, tapi aku buat ni untuk ketenangan dan kebahagiaan aku sendiri.

Korang cuba lah..!

Dah sampai usia macam ni, dah tak larat nak jaga hati semua orang. Aku pun dah kurang terasa hati dengan orang sebab aku selalu ambil pendekatan ; cuba faham keadaan dia je. Settle. Bila aku rasa perlu say sorry, then aku tak akan berat hati just say sorry dengan sungguh-sungguh memaksudkannya. Kalau aku rasa tak perlu nak say sorry, then aku biar je lah then act like nothing happen. Tak ada dah nak pm tepi ke pm-depan-belakang-tengah segala. Malas lah. Sebab tu aku kecilkan lingkungan manusia sekeliling aku. Siapa yang super sensitive, jawapnya - bye..!




...

No comments:

Powered by Blogger.