Gemok 01

Soalan ni untuk orang yang pernah atau sedang mengalami obesiti sahaja. Siapa yang acah-acah gemok setakat lebih dua tiga kilo je dari berat badan ideal tu, mohon ke tepi atau duduk jauh-jauh sikit. Diam. Jangan banyak bunyi. Ini untuk geng obesiti melampau tapi gojes, cantik, bersih dan baik hati. Bukan nak puji diri sendiri, tapi begitulah. Hakikatnya memang ada orang gemok yang lebih baik, lebih pembersih dan lebih wangi daripada orang kurus. Okey?

Aku nak tanya geng obesiti ni, letih tak tengok orang yang TAK PERNAH GEMOK tapi sibuk ajak kita kuruskan badan. Selalu orang macam ni akan kata 'nak kurus bukan susah pun' ehhhhhh.. tak susah kepala $#@%&$ kau..!! Kau tak pernah rasa macam mana gemok, mana kau tahu macam mana susah nak kurus..! Nak bawa lemak berkilo-kilo ni berjogging, naik tangga, panjat bukit, squat, push up and-what-so-ever tu, umpama mempertaruhkan seluruh nyawa tahuuuu..??? 

Orang yang tak pernah gemok ni fikir orang gemok macam kita ni pemalas, tak cukup effort, tak sungguh-sungguh nak kuruskan badan. Lagi, dia tuduh kita tak sayangkan diri sendiri, tak sayang keluarga, tak sayang masa depan. Lepas tu, dia tambah lagi : kalau gemok kan susah nak beribadat. Nak solat pun guna kerusi, nak pergi buat Umrah tak boleh sebab tak larat nak tawaf dan sai'e. Dasar penunggang agama..! Aku yang solat, kau yang sibuk. Aku yang gi Umrah, kau yang susah hati.. kenapaaaaaa..?!!

Kalau kau pernah gemok, kau tak akan cakap benda-benda macam tu. Kau tak akan PERSOALKAN kenapa orang lain gemok dan tak nak cuba kurus. Sebab kau pernah rasa macam mana jadi gemok. Kau pernah tanggung 'berat'nya gemok tu dalam dan luar. Kalau kau pernah gemok, confirm kau akan jadi lebih sensitif dengan perasaan orang lain. Kau akan jaga perkataan yang kau nak guna.

Wehh, simple je. Kalau kau tak pernah gemok -- duduk jauh-jauh. 
Tengok boleh, memandai-mandai jangan..!




...

No comments:

Powered by Blogger.